My Add

Friday 1 February 2013

Sikap Guan Eng bakal jatuhkan DAP

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhuatiri akan menjadi punca kepada kejatuhan parti itu satu hari nanti.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Jesu Dason berkata, sebagai ahli yang sayangkan parti, beliau bimbang keadaan itu akhirnya akan menjadi kenyataan.

"Kita amat takut jika sikap bodoh sombong dan angkuh Guan Eng akan menjadi punca kejatuhan parti DAP satu hari nanti ataupun digantung.

"Kami ahli DAP di peringkat akar umbi amat mencintai parti tetapi kami amat khuatir jika sikap keangkuhan dan rakus pemimpin utama seperti Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh pasti akan membawa parti DAP kepada kejatuhan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, gejala penipuan dan manipulasi dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti bukan satu perkara yang baru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment