My Add

Friday 1 February 2013

Pastikan tiada elemen rasuah dalam kes Anwar-Nalla

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Pihak berkuasa perlu memastikan kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu biseksual bebas daripada sebarang elemen rasuah atau peras ugut.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, di samping itu, badan kehakiman negara juga perlu mempercepatkan proses perbicaraan berkenaan demi kepentingan rakyat.

Katanya, keadaan ini kerana rakyat sudah tidak sabar untuk mendengar keterangan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin yang dikaitkan dalam kes berkenaan.

"Rakyat tidak sabar mendengar keterangan Shamsidar mengenai hubungan sulit antara beliau dan Anwar seperti didakwa Nallakaruppan. Kita harap Azmin tidak akan mengupah berpuluh ribu orang untuk serbu mahkamah bagi menghalang Shamsidar naik ke kandang saksi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment