My Add

Sunday 17 February 2013

Sokongan kepada BN semakin baik

 *MUHYIDDI dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman disambut meriah oleh orang ramai semasa menghadiri Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru di padang Taman Ria, Sungai Petani, malam tadi. - BERNAMA

SUNGAI PETANI. SABTU, 16 Februari, 2013: Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam kedudukan terbaik sejak 2008 berikutan mendapat isyarat kuat daripada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, respons kerajaan BN terhadap rakyat berubah selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan sokongan rakyat kepada BN meningkat mendadak akhir-akhir ini.

"Kerajaan Pusat sentiasa memperbaiki kelemahan termasuk turun ke bawah menemui rakyat untuk menyelesaikan masalah. Sikap ini berbeza dengan pembangkang yang lebih banyak berjanji.

"Inisiatif Kerajaan Pusat ini menghasilkan perubahan luar biasa dan tindak balas rakyat yang kembali menyokong BN," katanya sewaktu berucap dalam Himpunan Rakyat 1Malaysia dan melancarkan Gelombang Biru peringkat negeri Kedah di padang Awam Taman Ria, di sini malam ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment