My Add

Sunday 24 February 2013

SPR sedia berdepan kemungkinan kekecohan di pusat mengundi

LUMUT, AHAD, 24 Februari, 2013 : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia berdepan kemungkinan kekecohan di pusat mengundi berikutan penggunaan dakwat kekal pada PRU 13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata kekecohan mungkin berlaku jika kertas undi tidak akan diberikan kepada pemilih dalam lima keadaan termasuk keengganan membenarkan jari dicalit dakwat kekal atau jari sudah dicalit terlebih dulu oleh pihak tertentu yang menipu pemilih.

"Jika mereka cuba cetuskan kekecohan termasuk kerana tak mahu calit dakwat kekal, ia satu kesalahan.

"Saya jamin SPR bersedia dan polis bersama kita, jadi rakyat hendaklah patuh peraturan.

"Perbuatan mencetuskan kekecohan dan menganggu kelancaran di tempat mengundi boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) iaitu boleh didenda RM1,000 dan dipenjara" katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat ulangan kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegwai Pengurus Pilihan Raya negeri Perak di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment