My Add

Sunday 24 February 2013

Berpuluh ribu rakyat Sepanyol berhimpun bantah korupsi

MADRID, AHAD, 24 Februari, 2013: Berpuluh ribu rakyat Sepanyol berarak melalui bandar-bandar di seluruh negara hari ini bagi membantah penjimatan yang melampau, penswastaan ​​perkhidmatan awam dan rasuah politik.

Bagaimanapun, perhimpunan yang disertai pelajar, doktor, ahli kesatuan, belia dan pesara itu tidak mencetuskan sebarang pertempuran atau kecederaan berikutan kemarahan rakyat negara itu terhadap kemerosotan ekonomi susulan tiada pemulihan ditunjukkan dalam kadar pengangguran.

"Saya kecewa dan tidak puas hati apabila kerajaan memotong yang bukan hak mereka. Seperti kesihatan dan pendidikan. Itu semua perkhidmatan asas. Dan paling terbaru, isu skandal rasuah yang semakin berleluasa," kata Alberto, 51, yang juga seorang pentadbir akaun untuk sebuah syarikat multinasional Jerman di Madrid. - Reuters/BH

No comments:

Post a Comment