My Add

Monday 25 February 2013

Ternyata tiada agenda Islam dalam manifesto pembangkang

Oleh SUWARNI MOKHTAR KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Gabungan parti-parti dalam pakatan pembangkang ternyata rapuh dan kini jelas bahawa setiap parti terpaksa mengorbankan perjuangan masing-masing termasuk Pas yang dasarnya adalah melaksanakan hukum Islam di negara ini.

Buktinya, seperti kata seorang blogger, manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan hari ini tidak pun menyatakan mengenai sebarang agenda khusus berhubung perjuangan memartabatkan Islam.

Azli Shukri melalui laman blog azlishukri.blogspot.com berkata, beliau sebelum ini menjangka atau mengharapkan sekurang-kurangnya asas perjuangan Pas iaitu melaksanakan hukum hudud dimuatkan dalam manifesto tersebut.

Menurutnya, perjuangan asas Pas itu sepatutnya terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebagai menghormati pengundi-pengundi atau ahli-ahli Pas yang dari dulu memperjuangkan Islam.

Laporan penuh boleh dibaca dengan klik link ini:

http://azlishukri.blogspot.com/2013/02/manifesto-pr-tiada-agenda-yang-jelas.html - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment