My Add

Monday 25 February 2013

Bina 150,000 rumah: Pembangkang sekali lagi tabur janji palsu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Pembangkang sekali lagi menabur janji palsu apabila mahu menyediakan 150,000 unit rumah mampu milik sepertimana manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diumumkan sempena konvensyen parti itu hari ini.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Wira Ir. Idris Haron berkata, pembangkang hanya pandai menabur janji sedangkan semua rumah mampu milik di seluruh negara adalah atas usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pihaknya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Risda, Felda dan lain-lain.

"Pas memerintah Kelantan selama 23 tahun tetapi sebuah rumah mampu milik pun mereka tak bina. Semua rumah itu dibina oleh SPNB. Kelantan juga adalah penerima terbanyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) kelolaan SPNB," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, janji mereka kepada penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang adalah bukti bahawa pembangkang sekadar manis di bibir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menyerahkan kunci rumah kepada mangsa penipuan pembangkang.

"Mereka cakap tak serupa bikin. PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Selangor hanya membina rumah-rumah banglo mewah. Begitu juga di Pulau Pinang manakala Kedah pula menagih simpati SPNB," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, pada pilihan raya 2008 pembangkang khususnya di Selangor telah melancarkan manifesto antaranya “membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapat kediaman sendiri" tetapi sehingga kini ia hanya tinggal manifesto. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment