My Add

Sunday 24 February 2013

Tolak parti, pemimpin sekongkol benarkan kalimah Allah diguna bukan Islam

Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Februari, 2013: Umat Islam di negara ini tidak mengira fahaman politik perlu menolak mana-mana parti dan pemimpin yang mahu membenarkan kalimah Allah digunakan bagi tujuan syirik.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, dalam keadaan genting dengan senario politik semasa memerlukan umat Islam mengetepikan pandangan politik demi kelangsungan agama, bangsa dan negara.

"Kita semua yang merupakan saudara seagama perlu bersatu dan kembali kepada ajaran Islam. Lupakanlah segala persengketaan demi meneruskan kelangsungan perjuangan agama dan bangsa di negara ini.

"Sudah tiba masanya kita tidak hanya bercakap, tetapi membuat tindakan yang tepat. Saya menyeru Pas dan UMNO khasnya agar dapat duduk bersama untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah yang meminta orang Islam di negara ini berjihad bagi mempertahankan kalimah Allah daripada membenarkannya digunakan bagi tujuan syirik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment