Oleh ZULHISHAM ISAHAK
MUAR, AHAD, 24 Februari, 2013: Usaha pembangkang untuk meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) di Johor memakan diri apabila sikap buruk pemimpin mereka yang gila kuasa dan mengutamakan kepentingan diri terdedah melalui 'perang' antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, konflik PKR-DAP itu memperlihatkan sisi sebenar kedua-dua parti tersebut dan perilaku tersebut membayangkan negeri ini akan berada di ambang kehancuran jika ditadbir oleh pembangkang.
"Apa yang berlaku di Johor kerana masing-masing terlalu angkuh sehingga berebut kerusi. PKR-DAP tidak cerita pasal khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat tapi cerita kerusi mana boleh menang.
"Ini berbeza dengan BN yang tidak seperti itu. Kenapa tidak berebut di kerusi lain di Johor seperti di Parlimen Tenggara atau Kota Tinggi? Kenapa mesti berebut di Parlimen Bakri atau Gelang Patah? Ini menunjukkan mereka hanya fikir tentang diri sahaja dan fikir pasal rakyat di Gelang Patah atau Bakri," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan Jamboree Basikal Bukit Parit Jawa di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Muar, di sini hari ini.
Perang PKR-DAP berpunca daripada perebutan kerusi antara dua parti pembangkang itu sehingga Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau meminta supaya Datuk Chua Jui Meng dilucutkan jawatan Pengerusi PKR Johor.
Cheng Hau mendakwa, Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di negeri ini dan salah satu daripada kerusi yang menjadi 'rebutan' adalah Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah Heng dari BN. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment