My Add

Sunday 10 February 2013

Transformasi kerajaan jadikan rakyat lebih bersatu padu

*MOHD. ALI Rustam bersama Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo dan para pemimpin BN negeri menyampaikan angpau kepada orang ramai yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2013 anjuran MCA di Dewan Pay Fong, Melaka hari ini. - UTUSAN/GAIE UCHEL

Oleh FADZLY IZAB
MELAKA, AHAD, 10 Februari, 2013: Dasar transformasi negara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menaikkan semangat seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini hidup lebih bersatu padu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ini dibuktikan dengan kemeriahan perayaan seperti Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini dengan penuh semangat harmoni dan selaras gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, ini bukti jelas bahawa dasar-dasar transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri telah memberi banyak faedah serta membawa kegembiraan kepada semua.

"'Diharapkan dengan keharmonian kaum yang dimiliki pada masa kini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang seterusnya membawa lebih kemakmuran, kesihatan serta keselamatan kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA negeri di Dewan Sekolah Menengah (SM) Pay Fong di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment