My Add

Monday 25 February 2013

UDA rancang projek RM1.6 bilion

Oleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU, AHAD, 24 Februari, 2013: UDA Holdings Bhd. (UDA) bakal melancarkan lebih 1,000 unit rumah pelbagai jenis dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM1.574 bilion tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pembinaan rumah tersebut melibatkan pelancaran kawasan perumahan di beberapa negeri menerusi 19 pelancaran yang dirancang diadakan tahun ini.

Beliau berkata, negeri-negeri yang terlibat adalah Johor, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.

"Dalam rancak melakukan pembinaan perumahan dengan menyasarkan pembeli berbilang kaum, UDA tidak akan ketepikan penglibatan Bumiputera dalam projek-projeknya," katanya kepada pemberita sempena Karnival Hartanah UDA di sini semalam.

Beliau berkata, UDA juga kini memberikan kepelbagaian dalam konsep pembinaan rumah kerana syarikat turut menyasarkan pembeli berbilang kaum dan tidak hanya tertumpu kepada kaum tertentu sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment