My Add

Monday 25 February 2013

UTM, Duta Klasik berganding kongsi kepakaran minyak dan gas

KUAlA LUMPUR, AHAD, 24 Februari, 2013: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Duta Klasik Sdn. Bhd. (Duta Klasik) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalankan penyelidikan bersepadu dalam bidang minyak dan gas secara yang lebih hijau dan mapan.

Naib Canselornya, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun bermula dengan penyelidikan dan menambah baik peralatan dikenali 'Positive Pressure Welding Enclosure' (PPWE) yang dibangunkan oleh Duta Klasik.

Menurutnya, peralatan yang juga dikenali sebagai 'habitat' itu merupakan inovasi baharu yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pengimpalan dan pemotongon di kawasan yang terdedah dengan gas-gas mudah terbakar khususnya di pelantar minyak.

"UTM dan Duta Klasik akan menjalinkan kerjasama bagi menambah baik sistem PPWE khususnya dalam kawalan peralatan agar lebih padat, selamat, luas dan boleh diguna pakai bagi sebarang keadaan serta boleh dipantau aktiviti di dalamnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment