My Add

Thursday 28 March 2013

24 perjanjian bernilai RM4.271 bilion termeterai di LIMA 2013

LANGKAWI, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Sebanyak 24 perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang membabitkan industri pertahanan ditandatangani dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah keseluruhan itu diperoleh menerusi enam Dokumen Kontrak serta tiga Surat Setuju (LOA) Kementerian Pertahanan bernilai RM548 juta disamping 11 Memorandum Persetujuan (MoA) dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM3.7 bilion.

"Perjanjian-perjanjian ini adalah untuk memperkuatkan industri pertahanan di Malaysia terutamanya kerjasama mewujudkan penempatan syarikat-syarikat Eropah khusus dari Itali di Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak, MoU dan MoA sempena LIMA 2013 di sini hari ini.

Antara syarikat yang menandatangi Dokumen Kontrak dan LOA adalah syarikat Joint Stock Company Aviation Holding Company Sukhoi, Rosebank Engineering, UniKL Resources, Telekom Malaysia, syarikat penerbangan MAS, BHIC Aeroservices dan BHIC Defence Techservices. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment