My Add

Thursday 28 March 2013

Kedatangan doktor Malaysia testimoni keutuhan kerjasama

Daripada GAMAL NASIR MOHD ALI
GAZA, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Rakyat Palestin mengalu-alukan kedatangan enam doktor pakar dari Malaysia, yang julung-julung kali dibawa khas oleh Aman Palestin Berhad, dan melihat kehadiran mereka di bumi suci ini sebagai satu lagi testimoni keutuhan kerjasama dan sokongan kedua-dua negara.

Ketua Jabatan Pertubuhan Kebajikan dan Kompleks Masyarakat Palestin, Dr. Walid Al-Amudi berkata, usaha membawa kumpulan doktor pakar ke negara ini bagi merawat penduduk Gaza adalah satu bentuk jihad yang sangat-sangat dihargai oleh kerajaan Palestin.

"Kedatangan semua anggota misi Aman Palestin ini, yang berjauhan dengan ahli keluarga tersayang dan dari tanah air tercinta juga satu pengorbanan, satu jihad.

"Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan turut membuktikan sokongan jitu rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan kental rakyat serta negara Palestin," kata beliau pada majlis menyambut ketibaan Misi Kemanusiaan Gaza Ke-14 anjuran Aman Palestin di pintu masuk wilayah Gaza di Rafah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment