My Add

Saturday 2 March 2013

Abby Abadi dibidas persenda kerajaan, tuduh pihak media

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 MaC, 2013: Penyanyi dan pelakon yang kini menjadi penceramah politik pembangkang, Abby Abadi hari dibidas kerana menuduh kerajaan tidak bertindak terhadap penceroboh dari selatan Filipina di Lahad Datu sehingga mengorbankan dua nyawa hari ini.

Blog Empayar Pemuda berkata, Abby tidak perlu menjadikan insiden tersebut sebagai modal kempennya kerana isu keselamatan negara tidak sepatutnya dipolitikkan.

"Ustazah segera ni tidak perlulah hendak berlagak menjadi Super Janda dengan mempolitikkan isu ini dan meletakkan segala kesalahan dibahu kerajaan. EP yakin segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan tepat dan bersebab untuk mengelakkan pertumpahan darah.

"Cuma ada rakyat Malaysia yang menjadi dalang bangsat cuba untuk merosakkan langkah yang diambil oleh kerajaan," kata blog ini.

Abby dalam laman Twitternya hari ini bukan sahaja mengecam pihak kerajaan tetapi turut membuat tuduhan terhadap media yang dikatakan telah menyebarkan berita palsu berhubung kejadian itu.

Blog The Flying Kick pula menyelar Abby kerana menuduh pihak media tidak melaporkan kejadian sebenar.

Bidasan blog-blog itu terhadap Abby boleh diperoleh menerusi laman-laman berikut:

The Flying Kick - UTUSAN

No comments:

Post a Comment