My Add

Saturday 2 March 2013

Lebih 10,000 hadir pelancaran RTC Pekan

PEKAN, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Lebih 10,000 orang hadir menyaksikan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Pekan yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Berkonsepkan Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan, RTC Pekan menyediakan lapan inisiatif iaitu latihan kemahiran, kios informasi 1Malaysia, pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan, pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian, kerjasama universiti, perkhidmatan kesihatan Malaysia dan kemudahan pembiayaan kewangan.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. - BH

No comments:

Post a Comment