Agus jadi Gabenor Bank Indonesia?
JAKARTA, KHAMIS, 28 Februari, 2013: Menteri Kewangan Indonesia, Agus Martowardojo, hari ini menafikan beliau didesak meletakkan jawatan, sekali gus menolak spekulasi beliau ditukarkan ke jawatan Gabenor Bank Indonesia kerana mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan.
Kenyataan itu dibuat sebelum Presiden Susilo Bambang Yudhoyono secara tidak dijangka mencalonkan Agus bagi menggantikan gabenor sedia ada, Darmin Nasution, yang mana tugasnya berakhir Mei ini.
Tiada penjelasan lanjut dari pejabat Presiden tentang pertukaran tersebut, begitu juga siapakah yang dilantik sebagai Menteri Kewangan baharu, sekiranya Agus diluluskan oleh Parlimen untuk mengepalai Bank Indonesia.
Bagaimanapun, beberapa ahli politik mempersoalkan kelayakan Agus menyandang jawatan itu. - REUTERS
No comments:
Post a Comment