My Add

Friday 1 March 2013

Kelab Veteran UMNO Terengganu lancar kempen 'Keluargaku Pengundi BN'

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 28 Februari, 2013: Kelab Veteran UMNO Terengganu hari ini melancarkan kempen 'Keluargaku Pengundi BN' sebagai mesej kepada pakatan pembangkang bahawa kehadiran mereka tidak diperlukan rakyat negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, berkata kempen itu sangat signifikan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kesemua 45,000 veteran UMNO di Terengganu adalah golongan yang sangat berpengaruh dari segi idea dan sumbangan mereka terhadap pembangunan negara selama ini, malah semangat mereka tidak pernah luntur walau apa juga cabaran yang datang.

"Ini adalah masa yang sangat tepat untuk veteran UMNO terus membantu parti dalam memberi penerangan, nasihat dan teguran penuh kasih sayang kepada anak cucu mereka yang mungkin terpedaya dengan dakyah pembangkang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen itu di Hotel Prinzpark, Kuala Ibai dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu juga, semua veteran UMNO yang hadir dibekalkan dengan pelekat dan poster 'Keluargaku Pengundi BN' untuk diagihkan kepada ahli UMNO di kawasan masing-masing.

Tengku Putera berkata, pelekat dan poster ini yang diletak di rumah serta kereta penduduk secara langsung memberitahu pembangkang supaya tidak masuk ke kawasan terbabit.

"Sekarang ini adalah masa pakatan pembangkang melancarkan perang saraf dengan menyerang karakter pemimpin-pemimpin utama BN (Barisan Nasional) dan menentang isu pembangunan komersil dilakukan BN, kononnya pembangunan itu akan menghapuskan kuasa ekonomi dan warisan Melayu.

"Di sinilah veteran UMNO perlu memainkan peranan mereka supaya generasi muda dapat memahami sejarah asal usul perjuangan UMNO yang terus mendaulatkan kepentingan agama dan bangsa untuk kesejahteraan Malaysia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment