My Add

Friday 29 March 2013

Bekas wakil rakyat sedia turun ke kawasan bantu calon BN

MELAKA, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) negeri akan turun padang ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu calon-calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Yang Dipertuanya, Datuk Jaafar Lajis berkata, kesemua ahli Mubarak akan kembali semula ke tempat mereka pernah menjadi wakil rakyat bagi menyakinkan pengundi di DUN terbabit untuk terus menyokong BN.

Menurutnya, pengalaman yang dimiliki bekas wakil rakyat itu amat penting kerana mereka ini cukup berpengalaman selain tahu selok belok keadaan politik semasa terutama pembangkang yang berhajat besar ingin menawan Melaka.

"Kita ada 48 bekas wakil rakyat dan mereka semua sudah bersetuju akan kembali semula ke tempat asal sewaktu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) apabila Parlimen dibubarkan nanti.

"Ini menjadi hasrat Mubarak yang telah berikrar berdiri teguh di belakang BN dan kita langkah diambil untuk kembali ke DUN masing-masing adalah sebahagian usaha untuk membantu calon BN,'' katanya ketika ditemui di pejabat Mubarak negeri di Peringgit di sini hari ini.

Jaafar berkata, ahli Mubarak masih dianggap sebagai pemimpin dan dihormati rakyat kerana pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat dalam membentu serta membawa kemajuan di negeri ini.

Justeru katanya, keputusan yang diambil untuk ahli Mubarak kembali semula bertugas di DUN masing-masing adalah langkah wajar demi memastikan kepimpinan BN mendapat tempat di hati rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment