My Add

Sunday 17 March 2013

Buru hingga ke lubang cacing

 *ANGGOTA Tentera menjalankan tugas memburu pengganas Sulu dalam
 Ops Daulat di Kampung Sungai Nyamuk di Lahad Datu, semalam.

Oleh Hisyamuddin Ayub
LAHAD DATU, SABTU, 16 Mac, 2013 Operasi pasukan keselamatan negara bagi memburu saki-baki kumpulan pengganas Sulu akan tetap diteruskan meskipun selepas Parlimen dibubarkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua musuh akan diburu sehingga ke 'lubang cacing', selain setiap kawasan terbabit akan dipastikan bersih daripada sebarang jerangkap samar dan sisa bahan pertempuran.

"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Ops Daulat ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tiada pertempuran hari ini, namun usaha menjejaki saki-baki kumpulan itu terus dilaksanakan di beberapa buah kawasan yang disyaki menjadi pusat persembunyian," katanya dalam sidang akhbar di sini petang ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment