My Add

Sunday 17 March 2013

Ceroboh: Masyarakat Siam adakan upacara doa selamat untuk wira negara

TUMPAT, AHAD, 17 Mac, 2013: Kira-kira 300 masyarakat keturunan Siam termasuk 63 sami Buddha dari seluruh Kelantan malam tadi mengadakan majlis doa selamat untuk kesejahteraan Malaysia berikutan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Acara satu jam 40 minit di Wat Siam Kampung Bunohan di sini diketuai

Pengerusi Majlis Sangkha (Sami) Negeri Kelantan, Phark Vicharn Vitthukhun, turut mendoakan keselamatan wira negara yang sedang berjuang mempertahan negara susulan insiden pencerobohan militan Sulu itu.

Ia dianjurkan Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjurnya, KC Ngiam a/p Eh Kuan berkata, ia
diadakan sebagai tanda simpati dan prihatin masyarakat keturunan Siam terhadap
wira negara yang gugur dan yang sedang berjuang mempertahankan negara.

"Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan supaya semua pihak tanpa mengira
fahaman, anutan agama, bangsa dan keturunan, turut bertanggungjawab dalam
mempertahan keamanan dan kedaulatan negara," katanya selepas majlis itu.

Ngiam, yang juga Ketua UMNO Cawangan Kubang Bemban, Tumpat, berkata
penganjuran majlis itu juga selaras dengan konsep 1Malaysia yang dibawa
kerajaan.

10 anggota keselamatan terbunuh sejak insiden pencerobohan itu bermula 12 Februari lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment