My Add

Friday 29 March 2013

Dihujani peluru, rakan rebah depan mata

 *ZAMBRY Abd. Kadir beramah mesra dengan Azman Ampong (kiri), Mohd.
Tarmizi Hashim (dua dari kiri) dan Mohammad Qaiyum Aiqal Zulkifli (dua
dari kanan) pada majlis meraikan wira Polis Diraja Malaysia di kediaman
Menteri Besar Perak, di Ipoh, malam semalam.

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Dihujani peluru musuh, melihat rakan setugas rebah dan menghembuskan nafas terakhir di depan mata.

Itulah pengalaman cemas dan pahit yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila oleh tiga anggota komando VAT 69 yang cedera parah semasa bertempur dengan kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lalu.

Pengalaman itu diceritakan semula oleh Koperal Azman Ampong, 39; Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, 32; dan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zulkifli, 22, semasa diraikan sebagai wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Negeri Perak dalam satu majlis di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment