My Add

Friday 29 March 2013

Kerosakan di Felda Sahabat dibaiki

TELOK KEMANG 2, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Segala kerosakan di kawasan penempatan penduduk dan tanaman di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah akan dibaiki selepas Ops Daulat selesai sepenuhnya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad memberitahu, pihaknya hanya menunggu kebenaran pasukan keselamatan bagi membolehkan pegawai Felda membuat penilaian terhadap kerosakan di kawasan tersebut.

"Apabila Felda mendapat kebenaran memasuki kawasan krisis barulah kita dapat mengetahui bentuk kerosakan yang menimpa rumah penduduk.

"Kita juga akan menilai kerosakan pada pokok kelapa sawit dan infrastruktur di Felda berkenaan. Kita akan pastikan semuanya dinilai dengan betul dan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Mohd. Isa ditemui pemberita selepas merasmikan program memperkasakan kontraktor bumiputera di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment