My Add

Friday 1 March 2013

Fitnah UMNO: Tian Chua tidak sensitif perjuangan negara

KUALA LUMPUR, jumaat, 01 Mac, 2013: Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chiang atau Tian Chua yang menuduh UMNO terlibat dalam konspirasi tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya mengambil kesempatan.

Malah, Tian Chua dianggap langsung tidak sensitif terhadap perjuangan negara dalam memerangi penceroboh selain tidak peka terhadap anggota keluarga tiga anggota polis yang terkorban dalam insiden itu.

Pensyarah di Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, insiden tembak menembak tersebut tidak wajar dipolitikkan.

Katanya, kenyataan Tian Chua juga dianggap tidak berhemah dan berunsurkan meraih undi masyarakat Sabah semata-mata.

“Walaupun kita berbeza ideologi, tetapi, perkara yang menyebabkan perjuangan negara tidak perlu dipermainkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Tian Chua hari ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau mendakwa, pencerobohan tersebut tidak mendapat perhatian media tempatan sebaliknya hanya dilaporkan oleh media asing.

Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari lalu telah mendakwa bahawa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang di negara ini.

Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan tersebut.

Sementara akhbar dalam talian, The Manila Times pula menerusi koresponden mereka, Al Jacinto, melaporkan, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin defacto pakatan pembangkang mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan Kesultanan Sulu," dakwa Al Jacinto.

Laporan tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat apakah benar pembangkang terbabit sehingga tercetusnya kejadian tersebut memandangkan Anwar ketika ini membuat penafian sekadar menuduh berita itu dibuat oleh UMNO. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment