My Add

Friday 1 March 2013

Polis Malaysia serbu perkampungan Tanduo

MANILA, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Polis Malaysia dilaporkan menyerbu perkampungan Tanduo, Lahad Datu di Sabah hari ini bagi menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina yang berada di sana lebih dari dua minggu.

Kumpulan kira-kira 180 orang yang merupakan pengikut Kesultanan Sulu di selatan Filipina sebelum ini berulang kali enggan berundur selepas diminta berbuat demikian oleh kerajaan Malaysia dan Filipina.

Ketua kumpulan tersebut, Raja Muda Agbimuddin berkata, polis memasuki kawasan tersebut dan mereka perlu mempertahankan diri.

"Kami telah dikepung dan kami akan mempertahankan diri,’’ katanya kepada stesen radio Filipina. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment