My Add

Thursday 28 March 2013

Guan Eng dicabar bentang manifesto di RTM

KUALA LUMPUR, RAB, 27 Mac, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar mengambil peluang membentangkan manifesto pakatan pembangkang menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata, pemimpin pembangkang itu tidak sepatutnya mengelak daripada menerima tawaran tersebut dengan mengenakan pelbagai syarat tidak munasabah.

Menurut beliau, peluang itu juga bagi menjawab kritikan Ahli Parlimen Bagan berkenaan kononnya kerajaan tidak adil dalam menyediakan ruang kepada pemimpin pembangkang menggunakan media arus perdana terutama untuk membentangkan manifesto mereka.

"Guan Eng perlu membentangkan manifesto pembangkang itu tanpa menggunakan transkrip bagi membuktikan manifesto mereka benar-benar terbaik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment