My Add

Thursday 28 March 2013

Surat Papagomo buat Wan Azizah

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR, RABU, 27 Mac, 2013: Pengendali blog Papagomo yang disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan Ketua Pembangkang itu dalam video seks sejenis hari ini tampil dengan surat terbuka untuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Surat 14 perenggan yang disiarkan dalam laman blog http://www.papagomo.com itu antara lain mengandungi gesaan kepada Wan Azizah supaya menasihati Anwar berundur daripada pentas politik bagi mengelakkan keluarga itu diaibkan dengan lebih dahsyat pada Jumaat ini.

"Saya masih lagi menimbang untuk tidak mengaibkan Datuk Seri (Anwar). Apa yang saya mahukan adalah beliau berundur. Saya yakin jika beliau berundur secara terhormat, rakyat akan mengerti dan kagum dengan apa yang dilakukannya.

"Jumaat ini, saya harap Datuk Seri berundur. Tujuan saya mengarang artikel ini bukan dengan niat untuk mengaibkan keluarga Datin Seri (Wan Azizah), tetapi lebih kepada seorang anak yang sayangkan Datin Seri sekeluarga sesama umat Islam,'' jelas penulis blog berkenaan - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment