My Add

Thursday 28 March 2013

Jambatan Sultan Yahya Petra 2 kukuh, selamat - Awang Adek

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
KOTA BAHRU, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menegaskan bahawa Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang dijadual akan dibuka tidak lama lagi adalah kukuh dari segi struktur binaannya dan selamat untuk digunakan.

Beliau berkata, dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan terdapat keretakan pada jambatan itu adalah tidak tepat kerana pihak kontraktor sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan di beberapa bahagian jambatan berkenaan.

Katanya, kerja-kerja penambahbaikan itu melibatkan pemasangan tetulang besi di tujuh selekoh jambatan tersebut, sepanjang kira-kira 210 meter.

"Kita hanya memperkukuhkan permukaan dengan penanaman besi, dan bila jambatan dibuka nanti ia selamat dan boleh digunakan.

"Dakwaan pihak pembangkang hanyalah untuk menakutkan rakyat kononnya jambatan tersebut tidak selamat digunakan dan saya beri keyakinan bahawa jambatan ini kukuh dari segi keselamatan serta struktur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat jambatan tersebut bersama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment