My Add

Friday 29 March 2013

Majlis pecah tanah stadium disifat sandiwara Pas menjelang PRU-13

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Majlis pecah tanah pembinaan stadium dan bandar sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh pada Sabtu ini oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan satu sandiwara Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, ini berikutan majlis pecah tanah itu dibuat hanya selepas 683 hari Nik Abdul Aziz mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada 18 Mei 2011 untuk mengumumkan pembinaan stadium itu.

Mohamad Zaidan mendakwa, taktik kerajaan Pas Kelantan itu sangat jelas untuk meraih undi kerana dalam sidang media yang diadakan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada waktu itu, Nik Abdul Aziz menjelaskan stadium tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa.

"Dalam sidang akhbar itu Nik Abdul Aziz kata bila-bila masa boleh dimulakan projek bina stadium tetapi tidak sangka pula kena tunggu lebih 680 hari baru mahu pecah tanah.

"Apakah maksudnya semua ini, sudah pastilah ia untuk dapat undi pilihan raya dan selepas pecah tanah ini saya yakin tiada stadium akan dibina di situ kecuali batu asas untuk menjadi kenangan kepada rakyat Kelantan sampai bila-bila," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Zaidan mengulas mengenai iklan yang dibuat kerajaan Pas Kelantan melalui sebuah akhbar yang menjemput semua rakyat negeri ini untuk hadir pada Majlis Pecah Tanah Stadium Negeri Kelantan di Bukit Merbau, Pasir Puteh dijadual disempurnakan oleh Nik Abdul Aziz pada Sabtu ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment