My Add

Friday 1 March 2013

JMM puji kerajaan anjur seminar tangani isu LGBT

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Februari, 2013: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) memuji langkah kerajaan menganjurkan Seminar Keibubapaan Menangani Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) baru-baru ini dalam usaha mengatasi gejala sosial itu di negara ini.

Pengarah Kebangsaannya, Hamdan Mohd. Salleh berkata, langkah itu jelas menunjukkan kerajaan peka terhadap bahaya gejala sosial tersebut terhadap masyarakat.

"Semua orang sedar kini isu LGBT jelas menimbulkan masalah kepada masyarakat dan melanggar peraturan sosial dan lumrah kehidupan manusia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai seminar yang dianjurkan Yayasan Guru Malaysia Berhad di Pulau Pinang pada Selasa lalu dan dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Puad dalam seminar itu berkata, masyarakat tidak perlu malu dan bersikap lebih terbuka untuk berbincang mengenai LGBT jika mahu benar-benar mahu gejala itu dibanteras segera.

Hamdan berkata, seminar seperti itu wajar dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai memandangkan ada pihak-pihak yang sering mempertahankan kegiatan LGBT atas alasan hak asasi manusia.

"JMM ingin mencadangkan agar pada seminar seterusnya dijemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S. Nallakaruppan sebagai penceramah di seminar seperti itu.

"Kehadiran Anwar dan Nallakaruppan pasti akan memberi publisiti besar kepada seminar ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment