My Add

Friday 1 March 2013

Kadar IHP meningkat 1.3 peratus

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Februari, 2013: Kadar inflasi dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat kepada 1.3 peratus pada bulan Januari lalu berbanding 1.2 peratus bulan sebelumnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya menyatakan, inflasi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol meningkat 0.2 peratus kepada 2.2 peratus disebabkan oleh harga yang lebih tinggi.

Kategori pelbagai barang dan perkhidmatan juga mencatat inflasi yang lebih tinggi naik sebanyak 0.7 peratus kepada 1.7 peratus sebahagiannya disebabkan oleh harga produk penjagaan diri yang lebih tinggi.

Sementara itu, kadar monetari negara kekal stabil pada Januari lalu dengan kadar pinjaman runcit, kadar pinjaman asas (BLR) purata bank perdagangan kekal tidak berubah pada 6.53 peratus.

Kadar deposit runcit juga secara relatif stabil pada tempoh berkenaan.

Secara keseluruhan, permintaan terhadap pinjaman terus kukuh dengan permohonan pinjaman yang kukuh daripada sektor perniagaan dan sektor isi rumah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment