My Add

Friday 1 March 2013

DPMM gesa kerajaan tangguh perjanjian TPPA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Februari, 2013: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengesa kerajaan supaya menangguhkan perjanjian Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia memberikan syarikat asing lebih kelebihan dalam sektor ekonomi negara.

Keadaan itu sekali gus dikatakan akan merencatkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan usahawan di negara ini, terutamanya, bumiputera.

Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas berkata, ekonomi negara kini sedang giat membangun namun dengan perjanjian ini, ia akan memberi kesan yang buruk terutama kepada sektor perkhidmatan dan farmaseutikal.

“Ini akan memberikan syarikat farmaseutikal yang lebih lama memonopoli kawalan ubat-ubatan, dan akan membawa kepada peningkatan harga ubat-ubatan.

“Selain itu, segelintir pengguna tidak akan mempunyai akses kepada ubat-ubatan pada harga yang murah atau berpatutan," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

DPMM juga akan menganjurkan sebuah Persidangan Global Muslim (GMC) pada 4 dan 5 Mac ini yang turut dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan membincangkan mengenai isu ekonomi dan penyatuan di kalangan usahawan.

Sementara itu, DPMM juga kini sedang dalam perbincangan kerjasama bagi membangunkan sebuah bangunan yang dianggarkan bernilai RM 50 juta di Selatan Yaman.

“DPMM juga berhasrat untuk berkerjasama dengan negara Iran untuk tujuan yang sama," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment