My Add

Thursday 28 March 2013

Kontrak naik taraf pesawat: Lardac gagal merayu

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU, 27 Mac, 2013: Syarikat aeroangkasa, Langkawi R&D Academy Sdn. Bhd. (Lardac) gagal di Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan terdahulu yang tidak memihak kepadanya berhubung saman RM480 juta yang dikemukakan terhadap kerajaan Malaysia atas dakwaan melanggar kontrak kerja-kerja menaik taraf pesawat pejuang F5.

Panel lima hakim diketuai oleh Datuk Hashim Yusoff memutuskan demikian selepas menolak permohonan Lardac bagi mendapat kebenaran merayu.

Beliau yang bersidang bersama Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Samah Nordin memerintahkan Lardac membayar kos RM20,000.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan saman Lardac terhadap kerajaan Malaysia dan dua pihak lagi serta keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya, dikekalkan. - UTUSAN O

No comments:

Post a Comment