My Add

Thursday 28 March 2013

Rayuan Tony Pua dibenar

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU, 27 Mac, 2013: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkanrayuan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk mengetepikan saman fitnah oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Anantham Kasinather dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof sebulat suara membenar rayuan beliau dengan kos sebanyak RM50,000.

Kuorum berkenaan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Jun tahun lalu yang memerintahkan Tony yang dinamakan defendan dalam saman itu membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment