My Add

Friday 1 March 2013

Muhyiddin temui jentera BN Setiawangsa

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
 KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa kira-kira dua jam bagi meninjau kawasan Parlimen Setiawangsa di sini menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada program itu, Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) kawasan tersebut yang turut disertai Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan kemudiannya menyertai penduduk Apartmen Mahsuri di kawasan tersebut untuk mengecat semula bangunan kediaman yang berusia lebih 20 tahun berkenaan.

Sementara itu, Zulhasnan ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan memberitahu, lawatan Timbalan Perdana Menteri adalah bagi membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya BN serta senario politik semasa.

"Insya-Allah, kita mampu mempertahankan kerusi Parlimen ini kerana kita sudah bekerja kuat selama empat tahun setengah lalu dan kita harap rakyat akan beri peluang kepada kita sekali lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, program mengecat semula bangunan kediaman apartmen tersebut dibiayai di bawah Tabung Penyelengaraan 1Malaysia (TP1M) dan Projek Nadi Kasih BN Parlimen Setiawangsa.

Katanya, sebanyak RM6.32 juta diperuntukkan di bawah kedua-dua program tersebut bagi mengecat semula bangunan dan membaiki lif di 12 pangsapuri sekitar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment