My Add

Sunday 17 March 2013

Pakatan mahu sidang tergempar bincang isu Lahad Datu

SENAI, SABTU, 16 Mac, 2013: Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengulangi gesaan pembangkang agar satu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membincangkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Sidang tergempar itu perlu diadakan untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap usaha pasukan keselamatan membanteras pengganas terbabit, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina itu telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan negara sejak 1 Mac lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment