My Add

Sunday 17 March 2013

Wan Rul Puppet juara Mimpi Ke Bintang

*KUMPULAN Wan Rul Puppet meraikan kejayaan mereka selepas muncul 
juara Mimpi Ke Bintang pada malam kemuncak program itu yang berlangsung
 di di Auditorim Angkasapuri, Kuala Lumpur malam ini. - UTUSAN

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Mac, 2013: Pasangan kembar yang menamakan kumpulan mereka sebagi Wan Rul Puppet dari Sabah muncul juara program realiti Mimpi Ke Bintang yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkasapuri, di sini malam ini.

Menerusi kemenangan itu Wan Rul Puppet yang dianggotai Mohd. Syazwan Nizam Matusin dan Mohd. Syazrul itu berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan sebuah piala iringan.

Tempat kedua menjadi milik Roku Steps yang mempersembahkan tarian api. Selain piala pusingan, kumpulan tersebut turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.

Tempat ketiga pula diraih kumpulan muzik The Siblings Band yang membawa pulang wang tunai RM20,000.

Malam kemuncak Mimpi Ke Bintang yang disiarkan secara langsung menerusi TV2 diacarakan pengacara tetap rancangan ini, Azad Jasmin dan Seri Nabilla serta dua pengacara jemputan, Linda Onn dan Datuk Fazley Yaakob.

Program yang mengenengahkan bakat dalam pelbagai kategori ini telah memulakan pencarian peserta di seluruh negara sejak Oktober tahun lalu.

Persembahan sembilan peserta akhir dinilai oleh enam juri profesional dan diketuai oleh Pengasas Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D"Cruz. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment