My Add

Monday 18 March 2013

Pas gagal realisasi pemerintahan Islam di Kelantan - Mahmood Zuhdi

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, AHAD, 17 Mac, 2013: Pas disifatkan telah gagal sepenuhnya dalam merealisasikan pemerintahan Islam di negeri ini, malah kedudukan Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' telah diambil alih oleh negeri lain.

Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, apa yang ada di negeri ini adalah sama dengan negeri lain seperti Johor, biarpun Pas diberikan peluang yang lama untuk memerintah Kelantan.

Beliau yang juga Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, justeru itu, rakyat di negeri ini seharusnya memberi peluang kepada 'orang lain' untuk mentadbir dan melaksanakan pemerintahan Islam yang bersifat rasional.

"Kita sudah bagi peluang lama kepada mereka itu (Pas) cuba laksanakan idea mereka tetapi gagal merealisasikan Islam sepenuhnya setakat ini, apa yang ada di Kelantan tak lebih pun dari yang ada di Johor, malah Kelantan sebagai Serambi Mekah telah dirampas negeri lain, keutamaan Kelantan yang amal Islam betul-betul tak nampak.

"Kita patut beri peluang pada orang lain (Datuk Seri Mustapa Mohamed) pula untuk buat tepat dan kalau gagal boleh bagi pada idea (orang) lain.

"Ini peluang yang baik pada Kelantan walaupun (Mustapa) bukan orang ulama tetapi kata Al-Mawardi, untuk bagi tanggungjawab perlu punyai orang yang tepat dengan tugas, bukan semestinya ada gelaran ulama tetapi orang yang faham tentang pemerintahan dan ada orang di belakang yang boleh membantu.

"Sebelum ini saya tak nampak kepimpinan (Pas) secara kolektif berlaku (di Kelantan), 'one man show' dan ini satu kesalahan di Kelantan ikut telunjuk seorang sahaja sedangkan orang lain mengambil kesempatan daripada kejujuran, tetapi kebijaksanaan cita-cita itu tidak ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Multada Mahabbah Intelektual Islam Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment