My Add

Sunday 17 March 2013

PDRM wujud Unit Khas Wanita

MUAR, SABTU, 15 Mac, 2013:: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan Unit Khas Wanita yang dikenali sebagai AMANITA, bagi mengiktiraf peranan wanita terutama surirumah dalam membantu kerajaan menjaga keselamatan negara.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) (PDRM), Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata unit itu membabitkan seramai 152 pegawai dan anggota polis wanita di setiap daerah.

Katanya, unit berkenaan yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat bertujuan mendekati surirumah bagi mendapatkan maklumat berkaitan jenayah yang tidak dilaporkan.

“Golongan surirumah mempunyai banyak isu dan maklumat penting kerana sering bercampur dengan masyarakat di kejiranan masing-masing.

“Ada maklumat berkaitan kes jenayah yang mereka ketahui daripada perbualan mulut ke mulut di kawasan kejiranan, namun tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa atas sebab tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Bersama Banteras Jenayah yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Bola Keranjang Bukit Bakri, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment