My Add

Sunday 17 March 2013

Pelatih PLKN di Sabah selamat pulang

PASIR MAS, SABTU, 16 Mac, 2013: Kira-kira 1,000 daripada 34,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menjalani latihan di beberapa kem di Sabah, selamat pulang ke rumah masing-masing, hari ini.

Ketua Pengarah Jabataan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata penghantaran pulang pelatih dari kem di Sabah itu yang bermula hari ini, mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pegawai JLKN.

"Selepas berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, JLKN mengadakan kaunseling khas kepada pelatih PLKN terbabit bagi memastikan mereka tidak trauma mengenai insiden berkenaan.

"Hasil kaunseling berkenaan, pelatih didapati lebih positif dan mereka dibenarkan pulang dengan pergerakan mereka di pantau PDRM bagi memastikan mereka selamat," katanya pada Majlis Pelepasan Pergerakan Pulang Pelatih PLKN Kumpulan Satu Siri 10/2013, di Kem PLKN Cancun Park, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment