My Add

Saturday 2 March 2013

Pembinaan Jurassic Park tidak tambah beban hutang

MELAKA, SABTU, 02 Mac, 2013: Projek pembinaan Jurassic Park di Dataran 1Malaysia Klebang tidak merugikan atau menambah beban hutang kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Ini kerana, kata beliau, projek menelan kos RM200 juta itu tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat swasta dari Langkawi iaitu Eden Zil Sdn. Bhd.

Menurutnya, projek tersebut mendapat kerjasama daripada anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Melaka yang terlibat dari segi penyediaan tanah seluas 12.14 hektar.

“Apabila projek ini siap nanti, lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara akan datang ke Melaka. Siapa yang untung? Bukankah rakyat akan menikmati dari segi peluang pekerjaan dan ekonomi,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Memperkasa Pertubuhan Belia Negeri Melaka 2013 di Kompleks Belia dan Sukan negeri, di Ayer Keroh di sini semalam.

Mohd. Ali mengulas, dakwaan Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin bahawa projek Jurassic Park yang akan dibangunkan itu akan menambah beban hutang kerajaan negeri sebagai tidak masuk akal.

Katanya, dakwaan tidak berasas itu cukup jelas menunjukkan pemimpin pembangkang masih kurang faham mengenai bidang ekonomi dan perniagaan.

“Sebenarnya pembangkang sudah kehabisan isu untuk dicanang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, apa sahaja projek yang kerajaan negeri bangunkan untuk memakmurkan dan meningkat ekonomi negeri sering mereka bidas,'' kataya.

Sebaliknya, kata beliau, pelbagai produk pelancongan yang dibangunkan negeri ini telah menjadikan Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama pada setiap cuti hujung minggu dan khususnya cuti umum. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment