My Add

Saturday 2 March 2013

2,011 banduan sambung pelajaran di penjara


 *WAHAB Mohd. Yassin (dua dari kiri) beramah mesra dengan para penerima anugerah dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 anjuran Jabatan Penjara Peringkat Zon Selatan di Taman Gemilang, Muar, semalam.

MUAR, JUMAAT, 01 Ma, 2013: Sebanyak 2,011 banduan muda daripada keseluruhan 39,908 penghuni di 43 penjara seluruh negara sedang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, Sekolah Integriti Jabatan Penjara serta Sekolah Henry Gurney.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Hassan Sakimon berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,119 belajar di sekolah integriti, 806 lagi di Sekolah Henry Gurney dan selebihnya di IPT di peringkat sijil, diploma, ijazah, sarjana muda dan sarjana.

"Seramai 170 tenaga pengajar daripada Kementerian Pelajaran telah datang dan mengajar dalam penjara dan bagi 86 penuntut IPT pula, kita perkenalkan peringkat diploma dan ijazah sejak 2008 dan peringkat sarjana muda pula pada tahun ini.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment