Pemuda BN tidak guna fitnah seperti pembangkang
KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Mac, 2013: Pemuda Barisan Nasional (BN) memberi jaminan tidak akan sekali-kali mengikut cara pembangkang yang gemar menggunakan kaedah negatif seperti menabur fitnah dan menyerang peribadi pihak lawan di laman sosial serta blog untuk berkempen.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin (gambar) menegaskan, pihaknya akan menggunakan pendekatan positif menerusi laman sosial bagi menerangkan dasar kerajaan seperti dalam manifesto yang bakal diumumkan nanti.
Jelas beliau, apa yang penting adalah melakukan persiapan untuk memerangi segala fitnah serta penipuan ditabur pembangkang tersebut dengan fakta sebenar dan lebih sistematik.
"Kini terdapat kira-kira tiga juta pengundi baharu berumur 40 tahun ke bawah yang lebih cenderung mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog serta pelbagai aplikasi siber selain media arus perdana seperti akhbar Utusan Malaysia dan TV3. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment