My Add

Sunday 17 March 2013

Fitnah PM: Sivarasa didesak beri penjelasan

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Mac, 013: Berikutan kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala), Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendesak Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa memperjelaskan beberapa perkara.

Berikut adalah kenyataan beliau:

l Kita mahu tahu sama ada perancangan pakatan pembangkang untuk memfitnah Perdana Menteri akan tergendala ekoran kematian PI Bala.

l Kita juga meminta penjelasan Sivarasa apakah rancangan beliau seterusnya. Apakah Sivarasa akan memperalatkan kaum keluarga PI Bala pula untuk meneruskan perancangan fitnah pakatan pembangkang terhadap Perdana Menteri.

l Saya yakin kemungkinan besar, itu yang akan cuba dilakukan kerana memperalatkan keluarga orang adalah salah satu kemahiran pembangkang bagi meneruskan agenda politik peribadi mereka.

l Kita juga inginkan penjelasan sama ada betulkah beliau berada di Manila pada 7 Februari 2013. Kita minta Sivarasa membuat penafian di semua akhbar utama tempatan jika fakta ini tidak betul.

l Saya cabar Sivarasa untuk menjawab persoalan ini sebab semua rakyat Malaysia yang cintakan negara mahu tahu cerita sebenar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment