My Add

Sunday 17 March 2013

Penduduk Ampang dan Pandan tuntut janji Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Mac, 2013: Lebih 1,000 warga emas, ibu tunggal dan suri rumah dari kawasan Ampang dan Pandan hari ini berkumpul bagi menuntut elaun yang dijanjikan pakatan pembangkang ketika Pilihan Raya Umum 2008.

Kumpulan penduduk itu berkumpul secara aman di Taman Muda hari ini dan meluahkan rasa kesal mereka atas kegagalan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir pembangkang menunaikan janjinya.

"Selama lima tahun kami golongan warga emas, ibu tunggal dan suri rumah bagai menanti buah yang tidak gugur, sedangkan kami amat memerlukan bantuan itu untuk meneruskan hidup," kata wakil mereka Pengerusi Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai kepada pemberita, di sini.

Lim berkata, antara perkara yang dituntut ialah air percuma, elaun ibu tunggal, caruman takaful warga emas, bantuan kanak-kanak tadika dan potongan cukai pintu.

Pembangkang hanya tahu berjanji tetapi selepas menang tidak menunaikannya, kata Lim yang turut menambah kumpulan itu sepakat untuk tidak mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment