My Add

Thursday 28 March 2013

Pengundi tidak akan tertipu taktik calon ‘payung terjun’

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Mac, 2013: Barisan Nasional (BN) sedia berdepan calon ‘payung terjun’ daripada pembangkang yang dilaporkan meletak orang kuat mereka untuk bertanding di Johor, kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam.

Beliau berkata, strategi pembangkang untuk meletak calonnya di Johor, dengan harapan memenangi lebih banyak kerusi, tidak akan dapat menipu pengundi kerana mereka (pengundi) menyedari sumbangan besar kerajaan BN kepada negeri itu.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, pengundi di Johor tahu bahawa mereka boleh menikmati pertumbuhan dan kemakmuran yang amat banyak, hanya di bawah kepimpinan BN.

“Sudah menjadi satu budaya bagi pembangkang untuk melompat daripada satu tempat ke tempat lain. Pengundi tahu apa yang kami telah laksanakan bagi negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan elaun rehabilitasi di bawah program Kembali Bekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pusat Rehabilitasi Strok dan Dialisis Sau Seng Lum di Puchong dekat sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment