My Add

Thursday 28 March 2013

Perpecahan akibat sindrom rasa bersalah jadi Melayu?

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Mac, 2013: Perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan sahaja disebabkan oleh perbezaan ideologi politik tetapi turut didorong sindrom rasa bersalah menjadi Melayu.

Perkara itu didedahkan Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba yang berkata, sikap sedemikian menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir disebabkan kelemahan sendiri.

Beliau yang kesal dengan sindrom tersebut menegaskan, orang Melayu tidak seharusnya wujud sekelumit pun rasa bersalah dalam diri mereka kerana dilahirkan sebagai Melayu.

"Jadi kenapa kita perlu rasa bersalah bila jadi umat Melayu. Perkara ini sudah dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dan tidak wajar untuk rasa bersalah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment