My Add

Thursday 28 March 2013

Pemimpin DAP tidak sehaluan isu rumah?

PULAU PINANG, RABU, 27 Mac, 2013: Pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat seolah-olah tidak 'sehaluan' dalam isu pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat di negeri ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Wong Mun Hoe berkata, perkara itu jelas apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Wong Hon Wai seperti yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina semalam memberitahu bahawa penduduk di Seberang Perai tidak berminat dengan rumah kos rendah.

Kenyataan berkenaan katanya, jelas bercanggah dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sebelum ini mengumumkan pembinaan projek perumahan rakyat di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.

"Apa yang dapat kita simpulkan melalui kenyataan Hon Wai ini adalah kerajaan negeri sememangnya tidak mempunyai polisi perumahan yang jelas selain tiada pelan perancangan bagi menyelesaikan masalah perumahan yang sememangnya menghantui rakyat Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment