My Add

Monday 18 March 2013

RISDA berhasrat tubuh yayasan bantu pekebun kecil

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, AHAD, 17 Mac, 2013: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) bercadang untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu masyarakat pekebung-pekebun kecil di seluruh negara.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Dr. Abd. Rahim Tamby Chik berkata, langkah tersebut bagi memastikan segala tanggungjawab sosial yang dipikul RISDA sebelum ini dipindahkan kepada yayasan berkenaan supaya tugas itu dapat dilakukan dengan lebih fokus.

Beliau berkata, pihaknya pada masa kini sedang mengenal pasti tanggungjawab yang sebelum ini dipikul oleh RISDA untuk dipindahkan kepada yayasang tersebut.

"Melalui yayasan tersebut juga, RISDA dapat melaksanakan tanggungjawab sosial seperti bantuan kepada mangsa bencana, pemberian biasiswa, pinjaman siswa dan dana untuk membantu usahawan-usahawannya dalam usaha untuk memperkasakan RISDA.

"Perkhidmatan yang akan dicurahkan kepada pekebun kecil yang rata-rata orang kampung akan menjadi satu perkhidmatan berkualiti, terbaik dan memenuhi hasrat mereka yang mahu RISDA menjadi payung, menjadi

jambatan dan peneraju kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Geran Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK), Kelulusan Tanaman Baru Komoditi Getah (TBKG) dan sumbangan kepada 119 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan di Kompleks Kesenian dan Kebudayaan Negara, Tanjung Chat dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment