My Add

Monday 18 March 2013

Lagi jenazah lambat dimandikan ekoran ketiadaan air bersih

 *NUR AMIRA Mohd. Ramli (kiri) menunjukkan tong air yang digunakan untuk memandikan jenazah bapanya selepas memunggahnya dari meter air di halaman rumah di Kampung Atas Kok, Tumpat hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

Oleh YATIMIN ABDULLAH
TUMPAT, AHAD, 17 Mac, 2013: Lagi masalah jenazah lambat diuruskan akibat masalah ketiadaan bekalan air di daerah ini.

Terbaharu, penduduk Kampung Atas Kok di sini yang mengalami masalah ketiadaan bekalan air sejak empat tahun lalu, mengalami kesulitan untuk menguruskan jenazah seorang warga emas yang meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Masalah bekalan air memaksa waris warga emas terbabit terpaksa menadah air bersih selama dua jam sambil dibantu kira-kira sepuluh orang penduduk kampung yang memunggah air bagi membolehkan urusan pengebumian jenazah dapat disegerakan.

Kesulitan itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah Mohd. Ramli Awang, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung tertangguh beberapa jam sebelum selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bunohan dekat sini.

Menurut anak Allahyarham, Nur Amira, 21, penduduk kampung terpaksa memecahkan meter air di halaman rumah untuk mendapatkan air bersih bagi memandikan jenazah ayahnya itu.

"Paip di atas rumah langsung tidak keluar air bersih kerana masalah ganguan air tekanan rendah yang sudah berlarutan lima tahun lamanya di kampung ini.

"Betapa sukarnya kami nak mandikan jenazah, takkan nak gunakan air dari parit yang digunakan kami setiap hari untuk mandi dan membasuh untuk memandikan jenazah ayah saya ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment